1. PENGENALAN
· Sime Darby Berhad adalah sebuah konglomerat Multinasional Malaysia yang terlibat dalam 5 sektor utama yakni perladangan, hartanah, automobil, tenaga dan utiliti. Bidang yang terbaru ialah dalam bidang kesihatan. Syarikat ini disenaraikan dalam senarai Papan Utama Bursa Malaysia.
· Syarikat ini ditubuhkan seawal 1910 oleh 2 orang peniaga British iaitu William Sime dan Henry Darby. Ianya dikenali sebagai Sime Darby & Company. Tumpuan syarikat ketika itu ialah dalam industri getah dan kemudiannya terlibat pula dalam perladangan kelapa sawit dan koko.
· Pada tahun 1970-an syarikat ini diambil alih oleh pelabur Malaysia melalui Tradewinds Malaysia Sdn dan pada tahun 1981 syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).
· Pada tahun 2007 berlaku penggabungan 3 syarikat iaitu Guthrie Bhd, Golden Hope dan Sime Darby Bhd. Ianya dibuat melalui Syarikat Synergy Drive. Pada 27 November 2007 Synergy Drive diberi nama Sime Darby Bhd. Syarikat ini memiliki tenaga pekerja lebih 104,000 orang dengan aset berjumlah RM 36 billion dan jumlah ekuiti RM 22 billion.
2. PENGURUSAN SIME DARBY BHD
· Lembaga Pengarah- Pengerusi Sime Darby Bhd ialah Tun Musa Bin Hitam. Ahli-ahli pengarahnya ialah: Tun Dato’ Seri Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid, Dr Arifin Mohamad Siregar, Tan Sri Samsudin Osman, Tan Sri Dato’ Dr Wan Mohd Zahid Bin Mohd Noordin, Tan Sri Datuk Dr Ahmad Tajuddin Ali, Datuk Seri Panglima Sheng Len Tao, Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Bin Raja Tun Uda, Dato’ Henry Sackville Barlow, Dato’ Sri Mohamed Bin Sulaiman, Dato’ Dr Abdul Halim Bin Ismail dan Datin Paduka Zaitoon Dato’ Othman.
· Pengurusan Eksekutif- Dato’ Azhar Bin Abdul Hamid (Pemangku Presiden Dan Ketua Kumpulan Eksekutif), Dato’ Abdul Wahab Maskan (Ketua Operasi Kumpulan), Dato’ Tunku Putra Badlishah (Naib Presiden Eksekutif Bahagian Hartanah), Scott Cameron (Naib Presiden Eksekutif Bahagian Industri), Dato’ Lawrence Lee (Naib Presiden Eksekutif Bahagian Automobil), Hisham Hamdan (Naib Presiden Eksekutif Bahagian Tenaga Dan Utiliti), Dan Dato’ Ir Jauhari Hamidi (Pengarah Projek Khas).
3. ISU TERKINI MENGENAI SIME DARBY BERHAD
· Kerugian bahagian tenaga dan utiliti, Sime Darby Berhad. Jumlah kerugian dianggarkan 1.3 billion.
· Pecahan kerugian mengikut projek ialah:
a) 200 juta Projek Qatar Petroleum (QP )- projek ini ditawarkan pada April 2006 dan dijadualkan siap pada Ogos 2008. Walaupun begitu berlaku kelewatan dan lebihan belanja (cost overrun)
b) 159 juta Projek MAERSK Oil Qatar (MOQ)- projek ini ditawarkan pada 2007 dan dijangka siap pada Oktober 2009. Berlaku kelewatan dan belanja berlebihan.
c) 155 juta Projek Marine (untuk projek MOQ pembinaan kapal)- projek ini adalah mengenai pembinaan 2 tug bot dan barj untuk kegunaan MOQ. Kelewatan dalam memperoleh barj tadi mengakibatkan kerugian.
d) 450 juta Projek Bakun- berlakunya kelewatan dan kenaikan harga
· Rumusan kepada punca kerugian adalah seperti berikut:
a) jurang dalam pengurusan (gaps in manage ment)
b) organisasi
c) pelaporan
· Kerugian ini dikatakan sebagai Sime Darby Fiasco. Ia didakwa sebagai skandal korporat terkini.
4. APAKAH TINDAKAN OLEH LEMBAGA PENGARAH?
· Lembaga pada 26 Mei telah membuat keputusan seperti berikut:
A) melantik Price Waterhouse Coopers menilai semula organisasi dan struktur pelaporan dalam tempoh 2 minggu mulai 26 Mei.
b) melantik sebuah firma guaman untuk secara bebas menyiasat dan mengenal pasti pihak-pihak yang bertanggungjawab (culpability) untuk kerugian.
c) melantik audit luar Price Waterhouse Coopers mengendalikan forensic audits.
d) memberi kerjasama kepada MACC.
5. APAKAH INTERVENSI KERAJAAN?
· Memandangkan hal ini mempunyai kepentingan awam, Maka Jawatankuasa Kira-Kira Awam (Public Account Committee) akan memulakan siasatan. Selain daripada pegawai tinggi Sime Darby, pegawai-pegawai dari Kementerian Kewangan dan juga Khazanah Nasional akan diminta memberi keterangan.

OLEH: Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)