layari http://www.youtube.com/norwati1 untuk video

Saturday, June 19, 2010

Penjelasan Hubungan Malaysia - Singapura












1. Apakah isu yang selalu dibangkitkan dalam hubungan Malaysia-Singapura selama ini?

· Perkara yang selalu menjadi perhatian di antara Kuala Lumpur dan Singapura adalah satu perjanjian yang dipanggil Perkara-Perkara Yang Dipersetujui (POA). Ini merupakan satu perjanjian yang telah dibuat 20 tahun yang lalu iaitu pada 1990.

· Dalam perjanjian itu, adalah dipersetujui bahawa perjanjian ini perlu dirumuskan secara muktamad pada menjelang 2011. Dalam hubungan ini, Perdana Menteri Malaysia telah mengambil inisiatif awal untuk melaksanakannya.

· Asas penggunaan tanah sebagai tapak kereta api adalah berhasil daripada Persetujuan Railways Transfer Ordinance 1918 lagi, di mana tanah kereta api di Singapura adalah diperuntukkan untuk kegunaan kereta api sahaja. Ini merupakan pajakan tanah KTMB selama 999 tahun.

· Ini bermakna bahawa apabila kereta api tidak berfungsi di kawasan tersebut, maka perjanjian 1918 mengatakan tanah diserahkan balik kepada Singapura.

· Justeru, Persetujuan POA adalah untuk kereta api mengosongkan Tanjung Pagar dengan persetujuan bahawa Tanjung Pagar dibangunkan bersama.






2. Apakah yang telah dipersetujui dalam perjanjian itu?

· Satu perkara penting yang dipersetujui ialah berkaitan pajakan tanah di mana terdapat tapak-tapak kereta api yang bertaburan iaitu satu di Tanjung Pagar, sebahagian di Bukit Timah, di Keranji dan di Woodlands.

· Dalam POA itu, diperuntukkan apa jenis pembangunan yang boleh dibuat di Tanjung Pagar umpamanya di Tanjung Pagar seluar 18 hektar, kawasan itu dizonkan sebagai perumahan.






· Cadangan kegunaan tanah tersebut adalah untuk tujuan komersil, perdagangan, lot kedai, pejabat berasaskan plot nisbah (ratio) yang ditentukan.

· Walau bagaimanapun, Malaysia tidak akan membangunkan kawasan tersebut kerana ia digantikan dengan tanah lain.

3. Apakah ciri-ciri tanah yang terdapat di Tanjong Pagar?

· Tanah ini adalah berbentuk freehold yang dianggap mempunyai nilai yang lebih besar. Dalam POA ada disebut jikalau tanah itu dibangunkan secara bersama ia adalah bertaraf freehold.

· Ini bermakna tanah yang akan diganti nanti oleh Singapura sepatutnya bertaraf freehold juga.

· Berdasarkan kepada apa yang terkandung dalam POA, apa juga yang hendak digunakan di atas tanah tersebut, maka akan dinilaikan berdasarkan peruntukkan syarat pembangunan tanah di kawasan tersebut.

· Ia akan digunakan untuk tanah ganti yang akan juga dinilai. Yang penting, nilai tanah ganti perlu lebih kurang sama dengan tanah yang diserahkan di Tanjong Pagar dan lain-lain.

4. Apakah yang akan berlaku seterusnya pada tahun 2011?

· Di antara cadangan POA , adalah dikehendaki kereta api KTMB berpindah terlebih dahulu di Bukit Timah dan selepas itu, maka berpindah pula ke Woodlands.

· Perpindahan secara berperingkat ini memerlukan perbelanjaan untuk membangunkan stesen baru di Bukit Timah atau di Keranji, sedangkan Malaysia juga tahu, dalam tempoh lima tahun, stesen ini boleh berpindah di Woodlands.

· Demi menyelamatkan kos, adalah wajar untuk mengambil kesempatan sepenuhnya dengan perpindahan terus ke Woodlands serta membangunkan perhubungan sistem pantas antara Malaysia – Singapura.

· Ini bermakna, dalam masa lapan tahun itu adalah mencukupi untuk membuat perancangan teliti ke arah mereka bentuk teknologi yang sesuai bagi mewujudkan sistem perhubungan pantas (RTS dari Woodlands ke Johor Baru).

5. Kenapa Perjanjian ini perlu diselesaikan?

· Sebenarnya perkara ini telah berlarutan sebagai masalah yang terpaksa dipikul secara berlarutan oleh kedua-dua belah pihak.

· Perjanjian ini masih tidak dapat dimuktamadkan dan berstatus tergantung (hanging).

· PM telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan perkara ini dengan cara yang paling terbaik.






· Cara penyelesaian adalah berteraskan perjanjian dan juga secara situasi menang-menang.

· Malaysia tidak mahu bahawa ia tidak mengalami kerugian dalam proses mencari penyelesaian perjanjian ini.

6. Apakah implikasi sekiranya perjanjian ini gagal diselesaikan?

· Sekiranya ini tidak diselesaikan berakhir 2011, Singapura akan ambil alih Tanjong Pagar.

· Dalam hubungan ini, Johor telah memberi alternatif bahawa stesen KTMB berpindah ke Johor Baru di tapak 210 ekar (84 hektar) di Kempas yang boleh bertumbuh sebagai bandar baru.

· Di samping dapat menampung bukan sahaja kereta api dari Utara tetapi juga keretapi laju. Johor mencadangkan bahawa kereta api yang dicadangkan diadakan di Woodlands dipindahkan di Kempas.

· Cadangan ini terkandung dalam POA yang lalu dan juga di dalam perjanjian ditandatangani baru-baru ini di Singapura.

7. Siapakah yang akan membangunkan kawasan tanah digantikan?

· Malaysia telah diberi taklimat lokasi tanah ganti iaitu sama ada di tengah bandar raya Singapura di Jalan Rochor dan Jalan Ophir di mana terletak satu padang hijau sekarang ini dan Marina South terdapat empat keping tanah di satu lokasi.

· Pihak Malaysia telah dijelaskan dan ia boleh dibangunkan. Kawasan ini dipercayai mempunyai potensi tinggi dan boleh dibangunkan projek-projek ikonik.

· Marina adalah untuk pembangunan komersil dan Jalan Ophir dan Jalan Rochor adalah untuk komersil dan juga residential.

· Kedua-dua pihak bersetuju bahawa Syarikat M-S Pte ltd untuk membangunkan secara bersama kawasan tanah yang digantikan.

8. Bagaimana pula dengan perjanjian Air?

· Ada dua perjanjian iaitu yang pertama Perjanjian 1991 yang memberi Singapura menggunakan loji air di Skudai dan di Tebrau dan Empangan Air di Gunung Pulai yang akan tamat 2011.

· Dalam perjanjian tersebut, loji ini akan dipulang kepada Johor, walaupun wujud proviso tentang cara bagaimana loji ini hendak dipulangkan termasuklah meneliti peruntukkan tanah-tanah di loji dan empangan ini yang mempunyai tempoh pajakan 999 tahun.

· Dalam hubungan ini, Perdana Menteri Singapura ada menyebutkan bahawa loji ini akan dipulangkan tepat pada masanya secara percuma. Ini bermakna keputusan untuk terus berbincang mengenai loji ini tidak diteruskan kerana Perdana Menteri Singapura setuju untuk memulangkan loji ini secara percuma.

9. Apakah perjanjian loji air kedua?

· Dalam perjanjian 1992, Singapura dibenarkan mengambil air pada kuantiti 250 juta gelen sehari.

· Oleh kerana, berlaku kemarau maka loji Singapura tidak berupaya mendapan bekalan secukupnya. Ini adalah kerana kemarau menyebabkan air sungai telah diserap dengan air laut.

· Di sini tekanan air laut lebih kuat daripada air sungai semasa kemarau dan apabila air laut masuk, maka Singapura tidak dapat bekalan 250 juta gelen sehari.
Dalam perbincangan terbaru, Johor dan Singapura bersetuju untuk mengkaji membuat benteng di sungai Johor yang boleh menyimpan air sungai dan menyekat serapan air laut.

· Dalam perbincangan terbaru, Johor dan Singapura bersetuju untuk mengkaji membuat benteng di sungai Johor yang boleh menyimpan air sungai dan menyekat serapan air laut.
· Pihak Singapura bersetuju dengan kos membuat benteng tersebut walaupun harga air tidak dibincangkan.












OLEH: Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)