layari http://www.youtube.com/norwati1 untuk video

Sunday, March 08, 2015

Setahun Dalam Kenangan


8 Mac 2014 : Bukan sahaja Negara Malaysia, malahan sekalian isi penduduk dunia terpempan, terkejut, terkesima.. tidak percaya #MH370 hilang. Suasana kelam-kabut, esak tangis, doa dan air mata bergenang di mata semua... pimpinan utama negara malahan anak-anak kecil juga turut sama tertanya-tanya .. apa sudah berlaku? mengapa ia berlaku? bagaimana? di mana? Kesedihan menyelubungi semua.

Pencarian demi pencarian dilaksanakan ... rekod dunia tercipta melalui gabungan 26 buah negara mencari dan menggunakan segala kepakaran fizikal, mental, jentera dan teknologi mengatasi segala asimilasi .... Umat Islam berganding daya berdoa, bermunajat kepada Yang Maha Esa.

Selepas setahun, 8 Mac 2015 hati remuk masih bersisa. Pesawat diumumkan hilang dan semua penumpang diisytiharkan mati dan hilang. Bagi para isteri boleh mencari pengganti, tetapi bagi para ibu dan bapa, masih mengharapkan jenzah atau apa sahaja milik anakanda tercinta kembali kepada mereka. Anak-anak menyimpan rindu yang mendukacitakan.


Sesungguhnya Allah maha mengetahui dan memiliki kuasa yang di luar jangkauan kita. Hikmahnya amat terasa apabila banyak perkara diubah dan kembali kepada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kita bersatu dan masih mendoakan mereka. Kita bersatu dan masih mengharapkan penyelesaian cerita. Kita bersatu dan bersyukur atas segala pemberian-Nya. Kita juga berharap agar Allah swt mempermudahkan segala urusan, pencarian dan melindungi dari sebarang kebarangkalian yang buruk.

#kepadaAllahkitaberserah
#DoakamibersamamuMH370
#JDT01
#MuafakatJohor
#ASWAJA