MENGENAL DIRI SENDIRI SEBAGAI KUNCI UNTUK MENGENAL ALLAH.
Sebagaimana yang diketahui, bahawa ajaran Ahwal (suatu perolehan dengan kurnia) dan Maqamat (suatu perolehan dengan usaha) adalah ditujukan untuk memperbaiki akhlak. Sedang tujuan pembaikan akhlak adalah untuk membersihkan qalbu yang bererti mengosongkan diri dari sifat-sifat yang tercela (TAKHALLI) kemudian mengisinya dengan sifat-sifat yang terpuji (TAJALLI) yang selanjutnya beroleh kenyataan Tuhan (TAJALLI).
Dengan demikian maka dapatlah difahamkan bahawa jalan untuk mengenal ALLAH, tidak dapat ditempuh dengan sekali gus, tetapi adalah sesuai dengan peribadi masing-masing iaitu harus ditempuh secara bertingkat-tingkat. Pada tingkat untuk memasuki Ilmu Hakekat & Ilmu Ma'rifat, bererti memasuki suatu jalan pengetahuan yang bertujuan untuk megenal sesuatu itu dengan cara bersungguh-sungguh, bahawa siapakah manusia itu, siapakah yang menjadikannya & siapakah yang menciptakan sekelian itu. Ilmu Tasawwuf meringkaskan jalan pengetahuan ini dengan berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Barang siapa yang mengenal dirinya, nescaya ia akan mengenal Tuhannya."
MENGENAL DIRI SENDIRI
Langkah pertama untuk mengenal diri sendiri ialah dengan mengetahui bahawa diri itu tersusun dari bentuk-bentuk lahir (yang disebut badan atau jasad) & bentuk-bentuk batin (yang disebut qalbu atau jiwa). Yang dimaksudkan dengan qalbu itu bukanlah yang berupa segumpal daging yang berada di sebelah kiri badan di bawah susu (yang dikatakan jantung). Tetapi dialah Roh suci & berpengaruh di dalam tubuh & dia lah yang mengatur jasmani & segenap anggota badan. Dialah Hakikat Insani Allah (yang dinamakan diri yang sebenarnya diri). Dia yang bertanggungjawab & dialah yang dipuji atau disiksa oleh Allah.
Untuk meneliti dan mengenal diri sendiri itu, maka jasad dapat dimisalkan sebagai suatu kerajaan. Dan roh sebagai Rajanya yang berkuasa & dialah yang mengatur jasmani. Jasmani adalah sebagai suatu Kerajaan dalam bentuk Alamuasyahadah atau Alam Nyata.Seluruh badan jasmani akan hancur binasa setelah mati, tetapi hakikat Roh dan jiwa tidak akan mati, ia tetap tinggal dalam Ilmu Allah. Dan Rohani/Jiwa adalah sebagai Raja dalam bentuk Alam Ghaib, maksudnya bahawa Roh/Jiwa itu adalah ghaib, keadaannya tidak terpisah-pisah, tidak terbatas oleh waktu & ruang, tidak tentu tempatnya dalam sesuatu bahagian tubuh, oleh kerana itu maka setiap manusia adalah merupakan pemerintah di atas kerajaan kecil di dalam dirinya sendiri. Sungguh benar sekali istilah yang menyebut bahawa " Manusia itu adalah mikrosmos" atau dunia kecil dalam dirinya sendiri.
Sebahagian orang berpendapat bahawa hakikat Qalbu atau Roh itu dapat dicapai dengan cara memejamkan kedua matanya serta melupakan segala yang ada di sekitarnya, kecuali peribadinya. Dengan cara begitu akan dapat juga kilauan dari alam abadi kepada peribadinya (dalam mengenal dirinya). Tetapi bagaimanapun juga segala pertanyaan yang mendalam tentang hakikat Roh yang sesungguhnya, adalah tidak diizinkan oleh Allah Yang Maha Esa. Di dalam Al-Quran Allah berfirman: " Mereka itu bertanya kepada Engkau Muhammad, tentang Roh, katakanlah bahawa Roh itu urusan Tuhanku, tidak kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit sahaja". ( Surah Isra.Ayat 85). Apabila seseorang bertakafur atas dirinya sendiri, maka ia akan dapat mengetahui bahawa dirinya pada masa dahulunya, "tidak pernah ada". Firman Allah: " Tidakkah manusia itu ingat bahawa kami menjadikannya dahulu sedang ia belum ada suatu apapun". Kemudian manusia itu akan mengetahui bahawa ia sebenarnya dijadikan dari setitis air (mani) yang tidak mempunyai akal sedikit pun, tidak mempunyai pendengaran, penglihatan, kaki, tangan, kepala & sebagainya. Dari sinilah manusia akan mengetahui dengan terang dan nyata, bahawa tingkat kesempurnaan yang ia dapat capai bukanlah ia yang membuatnya, kerana sehelai rambut pun manusia itu tidak akan sanggup membuatnya.
Dengan jalan memikirkan hal tersebut maka manusia itu dapat menemukan dirinya di dalam kejadian yang sangat kecil bila dibandingkan dengan Kekuasaan dan Kasih Sayang Tuhan yang menjadikannya. Dan apabila manusia itu berfikir jauh maka ternyata di dalam kehidupannya ia memerlukan berbagai macam keperluan seperti makanan, minuman, pakaian, perumahan & sebagainya, yang kesemuanya itu telah tersedia lengkap di dalam muka bumi ini. Di sini manusia akan menjadi sedar akan sifat Rahman & Rahimnya Allah yang begitu besar & luasnya.Demikianlah alam dunia yang diciptakan Allah penuh dengan keajaiban-keajaiban. Rangka jasad adalah bukti Kekuasaan dan Kebijaksanaan-Nya, serta penuh pula dengan berbagai-bagai alat kelengkapan yang dibuat-Nya sebagai tanda Kasih Sayang-Nya, pada keperluan hidup manusia, maka oleh kerana itu manusia akan mengetahui bahawa Allah itu "ADA". Oleh kerana itu benar-benar bahawa dengan penelitian dan pengenalan diri sendiri akan menjadi kunci bagi pengenalan Allah.
MENGENAL ALLAH
Bahagian yang penting dalam mengenal ALLAH, datangnya dari perbuatan-perbuatan kita bagi mempelajari dan meneliti serta memikirkan diri sendiri, yang memberikan kita kekuatan, kepandaian dan mencintai ciptaan-Nya. Sifat-sifat manusia, bukan hanya menjadi gambaran dari sifat-sifat ALLAH, tetapi juga ragam adanya jiwa manusia membawa keinsafan kepada pengertian adanya ALLAH. Maksudnya bahawa kedua-duanya iaitu ALLAH dan ROH adalah ghaib, tidak terpisah, tidak terbilang, tidak berupa, tidak berbentuk, tidak berwarna & tidak berukuran.
Manusia mendapat kesukaran dalam menerima gambaran tersebut, tetapi kesukaran-kesukaran itu sememangnya dirasakan oleh fikiran kita setiap masa seperti peraaan marah, sakit, gembira dan cinta. Hal ini merupakan faham fikiran dan tidak dapat diketahui oleh otak kerana disebabkan oleh bentuk dan ukurannya. Seperti halnya, telinga tidak dapat mengenal warna, mata tidak dapat mengenal suara & begitu juga dalam mengertikan kenyataan-kenyataan pokok yakni Tuhan dan Roh. Kita sendiri hanya dapat sampai pada batas-batas yang dapat dicapai oleh akal fikiran dan selebihnya akal fikiran kita tidak sanggup lagi memikirnya sebegitu jauh. Betapa pun juga, kita dapat melihat bahawa ALLAH itulah yang mengatur alam semesta dan Dia adalah tidak mengenal ruang dan waktu, tidak mengenal bentuk dan ukuran, yang memerintah segenap perkara demikian keadaannya. Sebagaimana yang telah dihuraikan, "ROH tidak mendapat tempat tertentu di dalam bahagian sesuatu badan, tidak terpisah-pisah, tidak mengenal bentuk dan ukuran tetapi ia memerintah JASAD". Demikianlah ALLAH, tidak mengenal ruang dan masa, tidak mengenal bentuk dan ukuran tetapi DIA memerintah Alam Semesta. Itulah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Kuasa, Maha Besar dan Maha Agung.

#terjemahan kitab " KimyauSaadah" oleh Al Ghazali.
#salin&tampal