
1. Pengenalan
· Kerajaan Pusat sedang mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan sukan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang dijadual berlangsung mulai 11 Jun hingga 12 Julai 2010 di Afrika Selatan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di Negara.
· Kerajaan Pusat sedang mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan sukan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang dijadual berlangsung mulai 11 Jun hingga 12 Julai 2010 di Afrika Selatan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di Negara.
2. Apakah menjadi kesalahan kerajaan pusat melesenkan pertaruhan Piala Dunia 2010 di sisi undang-undang?
· Pertimbangan dan sekiranya diberikan kelulusan pertaruhan sukan bagi kejohanan Piala Dunia 2010 kepada sebuah syarikat yang memohon untuk menguruskan pertaruhan adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan perundangan-perundangan yang sedia termaktub di negara Malaysia.
3. Kelulusan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia 2010 tidak bertentangan dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan?
· Sesungguhnya, kelulusan pelesenan pertaruhan sukan Piala Dunia 2010 di Malaysia bukan merupakan satu langkah bertentangan dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan seperti di dakwa oleh pihak-pihak yang cuba memutarbelitkan langkah kerajaan untuk kepentingan politik mereka.
4. Adakah Pemberian lesen pertaruhan PialaDunia 2010 untuk memudahkan pengawalan yang lebih berkesan?
· Memandangkan kelulusan lesen sukan itu diberikan kepada rakyat warga bukan Islam , maka umat Islam tidak perlu merasa bimbang dan risau terhadap perkara ini. Umat Islam tetap tidak digalakkan menjauhi malah tidak dibenarkan mencampuri bidang pertaruhan sukan Piala Dunia 2010 . umat Islam hendaklah menjauhi sama sekali daripada aktiviti pertaruhan sukan Piala Dunia 2010 yang boleh dikategorikan sebagai judi.
5. Apakah implikasi kelulusan lesen pertaruhan Piala Dunia 2010?
· Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa sekiranya lesen tidak dikeluarkan, maka pertaruhan sukan kejohanan Piala Dunia 2010 masih akan berjalan secara haram yang boleh mendatangkan lebih padah kesannya kepada struktur social dan ekonomi masyarakat Islam dan bukan Islam.
· Dengan itu, jelas bahawa pelesenan sukan pertaruhan adalah satu usaha untuk mengurangkan aktiviti pertaruhan haram yang berleluasa di negara ini yang dijangka melibatkan lebih RM 20 billion setahun. Kerajaan berharap umat Islam sedar terhadap matlamat kerajaan pusat mempertimbangkan kelulusan lesen pertaruhan sukan Piala Dunia 2010 supaya tidak terperangkap dengan dakyah-dakyah pihak yang berkepentingan politik.
6. Apakah reaksi Kerajaan Negeri Selangor Dan Pulau Pinang?
Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang membuat pengumuman bahawa kerajaan negeri masing-masing tidak akan membenarkan pelesen tersebut menjalankan perniagaan taruhan sukan di negeri masing-masing. Apakah kerajaan Selangor dan Pulau Pinang pernah cermin diri sebelum mengkritik kerajaan pusat mempertimbangkan permohonan lesen pertaruhan su
sukan Piala Dunia 2010?
sukan Piala Dunia 2010?
7. Apa berlaku di Kelantan, Kedah,Selangor dan Pulau Pinang?
· Di Negeri Selangor, kegiatan judi, penjualan arak dan operasi rumah maksiat berleluasa di bawah kepimpinan kerajaan campuran PKR-DAP-PAS. Begitu juga kedudukannya di negeri Selangor kepimpinan kerajaan DAP. Kerajaan PAS biarkan sahaja. Apakah kerajaan PAS tunduk kepada DAP? Justeru, sebelum PAS menuding jari kepada pihak lain, adalah baiknya mencermin diri terlebih dahulu.
· Sesungguhnya rakyat perlu sedar bahawa Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang mempunyai cita rasa yang berbeza-beza. Dalam hubungan ini, kejohanan Piala Dunia Bola sepak adalah satu acara besar yang menanti-menanti oleh semua golongan masyarakat, terutamanya golongan remaja. Biarlah golongan remaja menganggap kedatangan kejohanan Piala Dunia sebagai satu satu sukan ,hobi, keseronokan malah menggembirakan mereka.
8.Bukankah Malaysia terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan golongan remaja menanti kedatangan Piala Dunia 2010?
· Taruhan sukan adalah perkara biasa dan industri pertaruhan sukan bola sepak sudah menjadi budaya golongan remaja di sebahagian besar di negara-negara maju. Industri pertaruhan sukan bola sepak seiring dengan kemajuan teknologi semasa. Jadi, sekiranya, kerajaan tidak melesenkan pertaruhan sukan yang membolehkan kerajaan mengawal kegiatan pertaruhan sukan , maka pertaruhan haram akan berleluasa secara on-line yang berpotensi mendatangkan pelbagai masalah kepada pihak yang terlibat sebagai hobi masing-masing.
· Justeru, kedatangan musim Piala Dunia harus disambut dengan bangga dan gembira dan bukan menjadikan kontroversi yang boleh mengecewakan golongan remaja. Malah, pertaruhan sukan adalah satu kegiatan yang dibolehkan di Malaysia dari segi undang-undang. Namun, pertaruhan sukan ini hanya dibuka untuk warga bukan Islam dan umat Islam perlu menjauhi daripada sebarang pertaruhan termasuk pertaruhan sukan Piala Dunia 2010.
9. Apa orang awam kata mengenai lesen ini?
· Beliau tidak nampak apa perlunya kerajaan meluluskan lesen tersebut. Dari sudut politik, keputusan ini lebih menguntungkan pembangkang terutamanya PAS. Isu ini akan dieksploitasikan oleh PAS sebagai satu langkah ke belakang dalam usaha kerajaan menerapkan nilai-nilai murni kepada masyarakat Malaysia di negara kita. Secara sinis beliau berkata “kalau lesen ini diluluskan, kita juga harus luluskan lesen pelacuran agar kegiatannya berjalan secara sah”.
· Beliau berpandangan bahawa pada dasarnya setiap orang Melayu yang beragama Islam akan tersinggung dengan keputusan kerajaan untuk meluluskan lesen perjudian yang dimaksudkan. Kerajaan akan menanggung kerugian sokongan politik yang ketara akibat tentangan masyarakat yang beragama Islam sedangkan sokongan kaum cina akan tetap ditakuk lama. Kerajaan sepatutnya tidak perlu menguar-uarkan isu ini kerana ia amat sensitif dan mudah di eksploitasikan oleh pihak pembangkang terutamanya PAS.
· Beliau menganggap langkah kerajaan mahu meluluskan lesen perjudian ini akan mendatangkan bala politik yang besar kepada kepimpinan negara. Pemimpin pemimpin BN terutamanya dari UMNO akan dilihat tidak sensitif terhadap kehendak agama Islam. Ia juga akan meninggalkan kesan dan nilai moral yang rendah sekali gus akan menjadikan PAS sebagai hero dalam memperjuangkan Islam di negara kita.
Tan Sri Abu Zahar berpandangan kerajaan patutlah peka dengan sensitiviti masyarakat Islam terutamanya kaum Melayu. Memahami kehendak kaum cina itu adalah baik. Tetapi, kita juga perlu ingat perjudian adalah perlakuan kaum cina turun menurun. Maksudnya, tanpa lesen pun mereka akan tetap meneruskan kegiatan tersebut.
Oleh itu beliau menganggap meluluskan lesen perjudian bola sepak piala dunia ini akan lebih memudaratkan kerajaan sedangkan kesan positifnya amatlah minimal jika kita mengambil-kira di manakah kiblat sokongan kaum cina buat masa ini terhadap pimpinan negara.
Beliau akhirnya menyeru agar kerajaan tidak meluluskan lesen judi ini demi menjaga nama baik kepimpinan negara. Pada beliau, kesan negatif yang akan ditanggung oleh kerajaan hasil keputusan meluluskan lesen perjudian ini hasil keputusan meluluskan lesen perjudian ini amatlah berat dan akan menghadapi tindak-balas yang keras dari masyarakat Islam.
· Judi adalah sesuatu yang amat ditegah oleh agama. Kita tidak sepatutnya berkompromi tentang soal judi ini. Mungkin ada pihak tertentu yang berkepentingan peribadi mendesak kerajaan agar meluluskan lesen perjudian ini. Jika hal yang sedemikian berlaku dan kerajaan pula akur dengan kehendak yang sedemikian, Insyaallah BN dari segi percaturan politiknya akan menerima akibat buruk, sedangkan PAS akan mengaut keuntungan yang amat besar hasil isu ini.
· Kerajaan sewajarnya memberi ruang dan tempuh masa yang bersesuaian untuk rakyat berdialog dan berdebat tentang isu ini. Selepas menerima reaksi rakyat, barulah kerajaan membuat sesuatu keputusan mengikut kehendak majoriti. Beliau turut berpendapat keputusan meluluskan lesen perjudian ini akan mencemarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan PAS akan mendapat kredit percuma dalam usahanya memburukkan kerajaan amnya dan UMNO khasnya.
· Walaupun pada dasarnya, dengan meluluskan lesen perjudian tersebut akan mengurangkan kegiatan haram perjudian bola sepak piala dunia 2010 ini, impak negatifnya amatlah besar. Seterusnya, beliau juga berpandangan, akan ada kumpulan yang mengaut hasil dari kelulusan lesen perjudian ini demi kepentingan peribadi mereka sendiri. Kalau lesen judi ini boleh diluluskan, kenapa tidak lesen pelacuran juga diluluskan?
. Sekiranya kerajaan berhasrat meluluskan lesen perjudian piala dunia ini, kajian yang mendalam patut dilakukan terutamanya yang melibatkan kepentingan penganut agama Islam yang sudah tentu akan terbakar perasaannya jika sekiranya imej agama yang didokonginya tercabar.
Kesan negatif tentang isu ini sudah kelihatan di tempat tinggal beliau di Bukit Kapar, Kelang Selangor. Pelbagai kain rentang telah dinaikkan mencerminkan hasrat rakyat agar kelulusan lesen judi ini dibatalkan. Ada di antara kain rentang ini mempunyai lambang satu Malaysia dan bendera UMNO. Di surau-surau dan masjid-masjid di negeri Selangor, isu ini sedang ditiupkan oleh PAS dengan cara yang agak agresif dan berkesan.
Oleh itu, jika kerajaan berhasrat untuk merampas kembali Selangor, hati dan jiwa untuk merampas kembali Selangor, hati dan jiwa masyarakat Islam perlu dibaja dan hormati. Jangan sampai seperti kata pepatah orang Melayu, “mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan”. Khabar khabar angin juga sedang bertiup kencang tentang penglibatan inner-circle kepimpinan negara memastikan kelulusan lesen judi ini demi kepentingan peribadi.
· Beliau berpandangan dalam suasana kerajaan menjurus ke arah nilai-nilai keislaman yang murni, siaran radio dan TV yang bercorak Islam, tiba-tiba lesen perjudian baru hendak diperkenalkan. Ini dilihat melencong dari arah tuju hala kepimpinan kerajaan.
· Imej Dato’ Seri Najib sebagai pemimpin yang mulai digeruni oleh pihak pembangkang dan dilihat sudah berjaya mengatasi kekuatan imej Anwar Ibrahim mula menurun akibat isu ini. Di kalangan para ilmuan dan akademik, telah ada bisikan dan suara hati yang menyatakan rasa marah atas sikap liberalisasi melampau kerajaan terhadap sekumpulan masyarakat yang tak pernah mahu berterima kasih dengan apa jua dasar kerajaan yang sedia ada.
OLEH : Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)