ﭐﻠﺴﻺﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻮﺮﺤﻤﺔﺁﷲﻭﺑﺮﻜﺎﺗﻪ
Salam takzim kepada saudara sekalian.
Lama saya perhatikan dalam e-group pemudapg ni masing2 ada idea utk bantu perjuangan agama & bangsa kita.
Khususnya seperti saudara azhar abdullah. tahniah saya ucapkan.Teruskan menyumbang idea dan sampaikanlah teguran yg lebih bersifat membina drp cemuhan dan tuduhan yg ingin melihat saudara2 seBangsa, seAgama dan sePerjuangan kita tumbang. Kerana sejarah membuktikan, daripada hasad dengki pelbagai implikasi negatif yg bukan saja memberi akibat kepada org yg didengki bahkan kepada yg mendengki pun terasa bahana perbuatannya. .ambil contoh kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.
Berkenaan soalan saudara kepada Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bhg Pasir Gudang, iaitu saudara Ramli Ahmad tentang makluman program biro pelajaran & kemahiran di perjiranan 8, saya terpanggil untuk menerangkan bagi pihak beliau dan seluruh kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bhg. PG. Selaku Ketua Penerangan, beliau berperanan untuk memberi penerangan dan melancarkan penyampaian maklumat2 berkenaan PPUBPG kepada umum khususnya ahli2 di peringkat cwgn. Jadi tiada salahnya pada pandangan saya yang kurang ilmu dan pengalaman ni, apabila saudara Ramli memberi makluman dan menjemput hadirin ahli pemuda untuk hadir bersama-sama.
Tentang Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Bhg Pasir Gudang yg berada di KL, untuk makluman tuan segala pengagihan gerak kerja telah disusun lebih awal oleh beliau. Dan untuk makluman saudara azhar (yg saya kurang perasan kelibat saudara dalam majlis tersebut), Rohazam telah hadir dalam perasmian, sebelum bergegas untuk merasmikan program KRT di Bakawali Johor Jaya. Kemudian pada sbelah malamnya, beliau turut menjadi ahli panel Forum dalam program Bakti siswa tersebut.Tetapi saya percaya, jika saudara turut sama hadir ke program tersebut pastinya ia akan lebih meriah, bermakna dan mencapai objektif kesepaduan dalam hati para ahli pemuda.
Saya setuju dgn pandangan saudara bahawa dalam email group ini hanya ada segelintir ahli pemuda, tetapi maklumat tetap perlu disampaikan dlm pelbagai medium termasuk E-group ini, selain dari surat jemputan rasmi ke setiap cawangan2 pemuda yg telah diposkan oleh saudara Penolong S/U. Kita sedar keterlibatan semua cawangan dalam segala program menjadi objektif utama dalam apa jua perancangan program, tetapi sebagaimana yg tuan sendiri jelas, akhirnya terletak kepada individu2 di peringkat cawangan untuk memilih menyertai sekali atau berpeluk tubuh menunggu peluang orang lain melakukan kesilapan. Saya merayu agar kita dapat sama-sama berusaha menjayakan hasrat ini. Sesungguhnya, apa jua kejayaan yg dikecapi atau kelemahan yg ada, bukanlah atas nama rohazam, ramli, atau pemuda bahagian saja, tetapi kita semua selaku ahli pemuda UMNO. Perjuangan kita masih jauh, andai kita terus amalkan sifat2 yang tidak selari dengan perjuangan bangsa, maka makin gelaplah pandangan kita dalam mengharungi onak cabaran yg mendatang terutamanya dalam mempertahankan hak bangsa kita yang semakin berani disuarakan dan dipersoalkan oleh bangsa lain.
Jangan sampai kita "Menang Sorak, Kampung Tergadai".
Yang baik dtgnya dari Allah, yg salah dan buruk itu datang dari kelemahan diri saya yg jahil ini.
Sekian, Wassalam.
Ahmad Zaki Salikin
p/s Sebagai team yg kalah, t faham perasaan abg2/adik2 Pemuda cuma bak kata pepatah.."tak orang tak kita". Klau team yg menang pandang kita sebelah mata, tak boleh salam & tak habis2 kutuk dan hina kita, sape leh terima? Ingat kita ni takde perasaan ke? Ingat korang tu bagus sangat? Kepada team yg menang, suka tak suka sebenarnya team yg kalah ini ada kualiti tersendiri yg buatkan korang rasa tercabar. Hormat-menghormati adalah perlu dan bukan "semberono" gila kuasa.