
Alkisah...suka sy mengingatkan kepada pemimpin2 Pu3 UBPG yg baru agar lebih beradab sopan dan menghormati majlis orang. Nampak takde apa tetapi ianya mencemarkan imej Pu3 UBPG sendiri. Agresif menambah keahlian tidak salah tetapi jangan keterlaluan hingga mengganggu program orang.
Pada 23hb yg lepas, Ahli Majlis MPPG (Zon Mawar) telah menganjurkan sebuah program Mesra Bersama Ahli Majlis. Tujuannya untuk memaklumkan kepada komuniti Zon Mawar bahawa sekarang ini PBTPG telah dinaiktaraf kepada MPPG dan di Zon Mawar terdapat seorang Ahli Majlis yg mewakili komuniti dan menjadi perantara kepada komuniti untuk menyampaikan segala permasalahan yg berkaitan.
UMNO Mawar Fasa 5 telah diamanahkan untuk membuka Kaunter Pengaduan Awam MPPG selain pertandingan mewarna. Malangnya, di sebalik banner Kaunter Pengaduan Awam terselit la pulak bunting Pu3 dan Signage Kaunter Keahlian Pu3.
Alahai! Kakak... bila masa pulak mesyuarat perlaksanaan program meluluskan kewujudan Kaunter Keahlian Pu3 UBPG? Kalau relevan, kitorang sendiri dah buka kaunter...lupa ke yg Pu3 Caw. Taman Mawar merupakan cawangan Pu3 yg paling ramai ahlinya di Bahagian Pasir Gudang? Memiliki ahli-ahli yg berkualiti dan menjadi rebutan Pu3 Bhgn untuk membantu menggerakkan biro-biro Pu3 Bhgn? Hmm...orang yg tak sedar diri tu pun lupa yg dia copy pendrive KP3 Cawangan untuk dapatkan ilmu bak kata pepatah "ibarat melepaskan anjing tersepit"...
p/s jika Pu3 Bhgn bermaruah, watla program yg gah! Jgn pandai cakap dan ngate org je... Website Pu3 UBPG pun NOT FOUND!!!