layari http://www.youtube.com/norwati1 untuk video

Thursday, June 05, 2008

Kenaikan harga minyak dan rebat tunai

Tengahari semalam, anak buah t suruh pergi penuhkan tangki minyak sebelum pukul 5 petang. Katanya harga minyak naik sehingga rm2.70. Dia mintak sebarkan kepada kawan-kawan yang lain. t pun apa lagi, terus sms YB Datuk Shahrir - betul ke? Dalam keadaan tak puas hati, t sms pula kepada beberapa orang penting, jawapannya: aik! orang JASA pun terpengaruh? Jam 5 petang baru nak bentang di parlimen.

Tapi masa t keluar petang semalam (lebih kurang jam 5 petang), memang stesen-stesen petrol di sekitar Johor Bahru dan Pasir Gudang lengang. t pun isilah penuh. Dalam hati berkata, andainya betul harga minyak naik rm2.70 maka daripada rm1.92 ke rm2.70 = rm0.78 bezanya. Peh! Banyak tu.. Kena pakai kereta kecik la nampaknya.

Sejurus selepas diumumkan dalam Buletin Utama, t pun sms la pada kawan-kawan. Jawapannya sungguh memeranjatkan, tambahan lagi mereka ni rata-ratanya bukan orang politik tapi sungguh memahami 'masalah kerajaan'. Ada yang jawab, "memang patut pun". Ada pula yang kata, "patutnya sebelum pilihanraya lagi dah naik tapi kerajaan takut rakyat tak sokong tapi tak naik, rakyat tak sokong jugak". Yang lain pula kata, "minyak naik tak apa kita ada banyak pilihan lain tapi tolong la jangan naikkan harga beras dan bahan makanan, seksa. Mee goreng bodoh pun dah rm5.00"

Sejurus mendapat arahan, t ajak abah pegi JB. Mak oi! Macam malam hari raya lar.. semua stesen minyak di sepanjang lebuhraya penuh. Siap bawa botol dan tong lagi. Sampai sanggup abaikan keselamatan. Abah t, tak habis-habis membebel bila ada yang bawa botol air mineral 1 liter untuk isi minyak. Punya la dahsyat! Bagi pengusaha stesen yang sengaja kata minyak dah habis tu, memang patut diambil tindakan.

Pagi ni, senario di stesen minyak berubah. Lengang dan sepi aje. Tapi berapa lama minyak yang kita beli semalam boleh tahan? Nak tak nak, suka tak suka, kita kena terima hakikat. Realiti bahawa harga minyak bukan lahi usd40/tong.

Sebentar tadi t dapat info yg sangat memeranjatkan. Sekali lagi, silent protest. Laman web Pak Lah digodam. Kata orang atasan t, itu link geocities bukan sebenar. Tapi pada t, direct ke indirect ke,.. kita tetap kena tengok. http://www.pmo.gov.my/website/webdbase.nsf/w_4?openForm&url=http://www.geocities.com/nmapx/manifesto.txt dan bertindak sewajarnya. Ikhlas cakap, t tak pernah tengok blog/web parti pembangkang kena hack.

Oleh itu, fikir-fikirkan.