salam,
Hari ulangtahun t bakal menjelma. Ish!!! Makin tua la nampaknya. Apapun nombor tak penting, yang penting adalah kita tak nampak tua ... cewah!!
Sebenarnya, bila bercakap tentang hari ulangtahun.. ada terlalu banyak rahsia di sebaliknya. Kalau nak tau makna-makna hari/tarikh/bulan/horoskop kelahiran kita, t cadangkan awak semua lawat blog kegemaran t http://istimewa2u.blogspot.com. Macam-macam kita boleh tau dan banyak ilmu dan pengajaran boleh diperolehi. Tapi janganlah percaya sebab segalanya ditentukan oleh qada' dan qadar.
t nak cerita sedikit tentang pengalaman yang mungkin kebetulan mengenai tarikh hari lahir t iaitu 9.
9 Jun 1995, untuk pertama kalinya t merajuk dengan mak dan ikut kawan t - adik, balik Kuala Kubu Baru. Adik ni anak saudara pengacara terkenal masa itu iaitu Wan Zaleha Radzi. Nak dijadikan cerita, kepala t terhentak di batu besar masa pegi Lata di Bukit Fraser. Peh!! Retak la juga tempurung kepala ni.
kemudian,
9 Ramadhan tahun 2000, kereta t dilanggar oleh kereta kancil di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru. Buat pertama kalinya, t terlantar di hospital tanpa mampu menggerakkan apa pun kecuali bibir dan mata. Takdir telah membuktikan bahawa kita tetap akan jadi mangsa di atas kecuaian orang lain.
Arwah pak ngah t, lahir pada 10 Mei dan meninggal dunia juga pada 10 Mei.
Sepupu t, lahir pada 13 januari dan meninggal dunia jam 2 pagi 13 januari.
Kakak ipar t x berapa ngam dengan mak t tapi ironinya anak sulung dia memiliki tarikh lahir yang sama dengan mak t. he..he
t yakin, setiap dari kita pasti ada kenangan tentang tarikh kelahiran masing-masing.
Semoga segala rahmat dan hidayah Allah dicurahkan kepada kita semua.