salam semua..
hmmm..diam tak diam dah masuk Zulkaedah kita ye tapi masih ada lagi jemputan Rumah Terbuka atau Jamuan Mesra Aidilfitri..tak kisah la apa pun tajuknya, yang pasti ia dianjurkan untuk mengukuhkan ukhwah serta memantapkan lagi silaturrahim.
Menyentuh soal ukhwah dan silaturrahim, tiba-tiba hati menjadi sayu apabila mengenangkan masih ada 'orang tidak bertamadun' yang menjadikan tautan salam @ berjabat tangan sebagai petanda 'aku seteru mu atau aku tak suka kau'. Mengapa ia berlaku? Sesama jantina dan agama tidak boleh bersalaman kerana adakah ia najis? Hina sangat ke seseorang itu sehingga kita enggan berjabat tangan atau bersalaman dengan dia?
Mengapa mesti berlaku sikap dan pemikiran jumud seperti itu?
Ya Allah! ampunilah hamba-hambamu.. bukakanlah dan sucikanlah hati-hati mereka dari titik hitam rasa hasad dengki khianat, prasangka dan memperlekehkan sesama umat.
Akhir kata, terimalah serangkap pantun yang ditujukan khas kepada orang-orang tidak bertamadun itu.
Pinggan tak retak, nasi tak dingin
Orang tak hendak, aku pun tak ingin....