layari http://www.youtube.com/norwati1 untuk video

Saturday, June 19, 2010

Penjelasan Isu Kes Adik Aminul Rashid Ditembak



1. Apakah yang berlaku terhadap AminulRashid?

· Seorang remaja lelaki disyaki penyamun mati ditembak selepas kereta dipandu suspek itu didakwa cuba merempuh anggota polis peronda di Jalan 11/2G, Seksyen 11.

· Dalam kejadian pada pukul 2 pagi, dua kereta peronda polis bersama empat anggota dikatakan bertembung dengan kereta jenis Proton Iswara Aeroback dinaiki dua lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan di Jalan Tarian 11/2 di sini.

· Anggota polis meminta pembandu kereta itu berhenti namun kereta itu dipecut laju menyebabkan polis melepaskan tembakan ke arah tayar kereta tersebut.

· Kereta itu kemudian terbabas di bahu jalan di Jalan Makyong. Seorang daripada itu dapat keluar dari kereta dan melarikan diri menyebabkan dua anggota polis mengejar lelaki itu.

· Dua lagi anggota polis yang cuba memeriksa keadaan kereta itu terkejut apabila mendapati kereta tersebut mengundur dan cuba melanggar polis.

· Salah seorang anggota polis yang cuba mempertahankan diri telah melepaskan tembakan mengenai pemandunya.


· Pemandu kereta tersebut adalah Aminul Rashid yang mati di tempat kejadian.

· Ekoran kes itu, empat anggota polis terlibat kini digantung kerja sehingga selesai.

2. Adakah menjadi kesalahan bagi polis melepaskan tembakan untuk tujuan melindungi diri?

· Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan anggotanya boleh menggunakan senjata api untuk mempertahankan diri kerana terdapat kemungkinan penjenayah menggunakan kereta yang mereka naiki sebagai senjata untuk mencederakan polis.

· Polis boleh menggunakan senjata api mereka untuk mempertahankan diri kerana terdapat peruntukan dalam undang-undang bagi tujuan tersebut.

· Dalam beberapa situasi, kenderaan juga boleh digunakan sebagai senjata kerana senjata tidak bermakna hanya senjata api, pisau dan parang.

3. Apakah tatacara penggunaan senjata oleh polis?

· Mesti melepaskan tembakan ke udara terlebih dahulu.

· Sekiranya tidak berkesan, tembakan perlu dihalakan ke paras bawah pinggang

· Sekiranya masih tidak berkesan, barulah tembakan boleh dihalakan kepada penyerang.

4. Apakah nasihat KPN terhadap pengguna jalan raya?

· Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi arahan polis khususnya jika diarahkan berhenti untuk pemeriksaan.

· Tindakan melarikan diri hanya akan menyebabkan polis mengesyaki mereka sebagai penjenayah dan terpaksa melepaskan tembakan jika terdesak.

5. Bagaimanakah status kes tersebut?

· Siasatan kes tersebut masih berjalan dan dalam penyediaan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

· Pihak polis akan menyiasat kes tersebut secara adil dan tidak akan melindungi apa-apa sahaja maklumat semasa siasatan.

· Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan satu panel khas bagi menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden tersebut.

· Menurut Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, panel khas itu akan diketuai Timbalannya, Datuk Wira Abu Seman Yusof bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.

· Siasatan tersebut akan meliputi semua aspek dan dijalankan secara telus tanpa sebarang fakta disembunyikan bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.

· Jenanin Subi, 48, seorang koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan menyebabkan kematian AminulRashid.

· Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabitkan kesalahan.

6. Apakah dakwaan-dakwaan masyarakat berhubung dengan peristiwa ke atas Allahyarham AminulRashid adalah benar?

· “Pada 26.4.2010 saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AminulRashid pergi ke Seksyen 7, Shah Alam, Kedai Mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami motor pancit”.

A) Mengapa ibu-bapa Aminul Rashid membenarkan penggunaan kenderaan bagi anak beliau pada waktu tengah malam?

B) Sekiranya dipandu curi, mengapakah tidak dicari di manakah anak tersebut berada?

C) Mengapa tiada laporan kehilangan kereta dibuat?

D) Sekiranya, AminulRashid memandu dengan kebenaran ibu-bapanya, Mengapakah ibu-bapanya tidak menegah anak mereka dari memandu tanpa pengawasan.

E) Ibu bapa sering mendakwa anak mereka baik, mengapakah AminulRashid keluar rumah pada waktu tengah malam tanpa kebenaran ibu-bapa.

· ”Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah bergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan Aminul Rashid menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Seksyen 11 Shah Alam”

A) Di sini menggambarkan pemandu tidak cekap memandu kenderaan sehingga bergesel dan seterusnya menyebabkan kemalangan. Di sini, jelas bahawa kanak-kanak berumur 15 tahun tidak lagi mampu untuk mengendalikan kenderaan dengan cekap.

B) Jelas sekali, Aminul Rashid memilih untuk tidak bertanggungjawab dengan melarikan diri sebenarnya menyebabkan pelbagai syak wasangka pada pemilik kenderaan yang dilanggar.



· ”Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah motorsikal no.tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi. Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Seksyen 12, Shah Alam, salah sebuah motorsikal hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang motorsikal terjatuh”

A) Akibat daripada perbuatan tersebut, AminulRashid memilih untuk memandu secara melulu. Adakah pemanduannya akan secekap pemandu yang lebih dewasa?

B) Tidak menghairankan sekiranya AminulRashid tidak dapat mengawal perasaan bersalahnya dan memandu laju.

· ”Oleh kerana terlalu takut, AminulRashid memandu kereta dengan laju dan memotong sebuah kereta polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.”

A) Di sini jelas menunjukkan sebab mengapa polis cuba untuk memberhentikan kenderaan yang dipandu dengan laju.

B) Sekiranya kenderaan yang dipandu dapat dikawal oleh polis, tiada kecurigaan pada pihak polis kepada pemandunya.


· ”AminulRashid menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam”

A) Mengapa AmirulRashid perlu takut kepada arahan polis untuk berhenti. Jika tiada kesalahan, polis tidak akan mengapa-apakan orang awam. Jika ada kecemasan sudah tentu polis akan mengiringi perjalanan.

B) Jika perlu, anggota polis boleh memandu kenderaan yang dibawa AminulRashid ke Balai Polis sebelum diambil oleh penjaganya.

C) Tindakan untuk tidak berhenti sebenarnya menyebabkan AminulRashid disyaki sebagai penjenayah.

· ”Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesen Minyak Caltex Seksyen 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AminulRashid terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal”

A) Tindakan ini merupakan tindakan yang wajar bagi polis memberhentikan kenderaan yang dipandu laju dan tidak mengendahkan amaran polis untuk berhenti.

B) Sekiranya tanpa amaran. Polis tidak akan sewenang-wenangnya melepaskan tembakan.

· ”Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena kepa AminulRashid menyebabkan beliau jatuh di atas riba saya. Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti”

A) Di sini merupakan ’missed fire’ dan motif tembakan yang dibuat oleh polis bagi memberhentikan kenderaan yang disyaki di bawa oleh penjenayah

7. Kesimpulan.

· Kita harus menerima qada dan qadar serta takdir Allah yang ditetapkan oleh Allah kepada AminulRashid. Kita tidak boleh menyalahkan pihak polis semata-mata. Kemanan yang kita kecapi selama ini hasil dari kecekapan PDRM menjaga keamanan daripada komunis sehinnga kepada jenayah jalanan. Namun sebagai manusia biasa tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. Tidak semua polis tidak baik dan setiap anggota polis tidak berniat untuk menembak sesiapa. Namun dalam keadaan gelap gelita jangkamasa waktu, keadaan, polis perlu bertindak demi keamanan.

OLEH: Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)