layari http://www.youtube.com/norwati1 untuk video

Sunday, January 03, 2010

Nama Allah dalam konteks Malaysia hanya untuk Islam


Keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan majalah Herald-The Catolic Weekly menggunakan perkataan Allah mendapat reaksi keras daripada pelbagai pihak yang khuatir keputusan tersebut akan mencetuskan suasana tegang dalam negara. Ini kerana perkataan Allah sejak sekian lama dalam konteks Malaysia dan sejak zaman Islam bertapak di Tanah Melayu, tiada agama lain yang menggunakan nama Allah sebagai rujukan kepada Tuhan selain Islam. Semasa Islam masih awal di Semenanjung Tanah Melayu semasa Kesultanan Melaka, pengaruh Hindu amat kuat tetapi nama Allah tidak pernah dirujuk oleh agama Hindu atau kepercayaan lain ketika itu.
Makanya, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang memiliki sarjana dalam perbandingan agama berkata, dalam konteks negara ini, Allah adalah nama bagi Tuhan yang khusus untuk umat Islam.
Sementara itu Bernama melaporkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bimbang dengan kemarahan umat Islam jika penggunaan perkataan Allah oleh agama lain tidak dihalang. Katanya, walau apa jua alasan yang diberi, kemarahan tetap tercetus di kalangan umat Islam terhadap pihak lain yang menggunakan kalimah Allah itu. Bagi memastikan negara kekal aman katanya, setiap orang di negara ini perlu saling mengambil kira soal sensitiviti agama dan kaum. Jelasnya, perkataan Allah adalah spesifik bagi umat Islam sahaja manakala perkataan tuhan atau god dalam bahasa Inggeris adalah untuk penganut agama lain. "Saya khuatir kebenaran menggunakan perkataan Allah ini akan menimbulkan kemarahan orang Islam, sebenarnya terjemahan perkataan god dalam bahasa Inggeris adalah tuhan bukan Allah dan Allah spesifik bagi orang Islam sahaja. "Jadi kalau mereka faham, mereka akan menggunakan perkataan tuhan bukannya Allah," katanya kepada pemberita selepas membentangkan Wacana Perdana: Mahasiswa Melayu: Cabaran dan Masa Depan pada Konvensyen Mahasiswa Melayu (Konmam) 2010 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT ) di Kuala Terengganu, hari Sabtu.
Pergerakan Wanita UMNO pula dalam satu kenyataan yang dikeluarkan mengulas mengenai perkara yang sama berhasrat mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom untuk memaklumkan kebimbangan tentang implikasi keputusan mahkamah membenarkan perkataan "Allah" digunakan dalam penerbitan mingguan gereja Katolik. Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pergerakan itu akan memperjuangkan dan menentukan kedudukan dan kesucian agama Islam tidak dicemarkan. "Jika perlu kami akan memohon perkenan mengadap Tuanku Agong," katanya.
p/s SETUJU SANGAT. ALLAH refer to Islam, Tuhan or GOD refer to others. Hukum yang sungguh mengelirukan dan tak boleh ke EXCUSE soal-soal agama, tanah dan Melayu dari dihakimi Mahkamah Tinggi? Bukan ke kuasa-kuasa ini milik Yang Dipertuan Agong dan Sultan ... atau rujuk kepada Majlis Raja-raja.
...pelbagai ancaman melanda orang Melayu dan agama Islam, kalau tak sedar lagi tak tau la.