layari http://www.youtube.com/norwati1 untuk video

Friday, January 30, 2009

aku MASIH puteri


"dia dilantik sebagai ajk bahagian supaya tidak ganggu puteri" - ini ucapan dari mereka yg menang, salah saya ke tidak menyertai program puteri? kalau saya merajuk, takkan puteri saya diberi kebebasan menyertai pelbagai biro puteri peringkat bahagian? Kalau kena cara...

Siapa yang telefon kami ajak sertai? kalau ada yang telefon pun, mintak nasihat dan tanya itu dan ini atau mintak ahli untuk menggerakkan biro. Ada tu, menggunakan alasan tak berani dan menggunakan 'orang tengah' untuk tanya itu dan ini. Paling cemerlang, masuk blog orang dan merepek-meraban. Ada pulak yang menyimpan seribu keraguan kepada mereka2 yang kononnya 'orang saya' ... hmmm... salah saya jugak ke?

Peribahasa banyak mengajar agar tidak menilai dari luar, tetapi ... biasalah...

p/s tidak ada istilah merajuk tetapi berjuang dengan cara tersendiri. kalau kita tidak dapat menyertai lebih baik kita bawa haluan sendiri ... kan? yang penting kita tak kacau orang dan KORANG jangan sibuk kacau aku .... ahaks!!