
salam sahabat ... maaf kerana lama tak menulis. Bukan merajuk tetapi terlalu banyak hal yang hendak disuarakan namun tersekat di kerongkongan aje.
dalam hidup ini, suka atau tidak kita tidak dapat lari dari melukakan dan dilukakan. ya, kita telah berusaha yang terbaik tetapi masih lagi gagal memuaskan semua orang. hmmm ... g mana ya?
jika kita terlalu menjaga hati orang, hati kita sape pulak nak jaga? ... letak di pajak gantung?
t tak pernah paksa orang untuk menyayangi apatah lagi mencintai. sebagai manusia marhain ... t pasrah pada ketentuan-Nya ... cuma apa yg mampu t lakukan adalah melayan dan memenuhi keperluan kawan2 sebaik mungkin. bak kata bijak pandai ... "jika kita mahu diperlakukan begitu, hendaklah kita melakukan yg sedemikian itu" ... jika mahu disayangi, hendaklah kita terlebih dahulu menyayangi dan sebaliknya.
t minta maaf kepada kengkawan yg terasa hati atas tiap perlakuan t... sesungguhnya, t tak mampu membahagiakan semua orang dalam satu masa dan t juga mengelak dari menyakiti sesama kita ... umpama "bahagia di atas derita individu lain" ...
p/s susah juga nak jadi norwati ni ...