layari http://www.youtube.com/norwati1 untuk video

Thursday, August 28, 2008

luahan ku ...

akhir2 ni, banyak betul konflik yang melanda ... dari cerita duka tentang hati sampai la cerita2 kehidupan. macam-macam yg harus ku tempuh. ada ketikanya, kebaikan dan keikhlasan ku dimanipulasi oleh orang2 tertentu ... dalam saat2 kesedihan muncul satria baja hitam (he.. he..), tapi kehadirannya menambah satu lagi cabang konflik dalam diri.

terima kasih kepada kengkawan yang menyokong aku dan memberi semangat untuk aku terus maju. bak kata haji baha "macam2 orang buat, awak tetap kuat" ... dalam hati siapa yang tahu.

sorang sahabat menulis tentang calon ketua pu3 PG pilihanku dan ianya menjadi topik kegemaran sahabatku yang lain. hmmmm .... terima kasih atas pandangan. dalam hal ini, saya tak mampu nak kata apa, cuma cita-cita saya memulihkan puteri pasir gudang serta memartabatkannya dari segi politik, ekonomi dan sosial. biar Pu3 PG dipandang gah kerana kehebatannya membantu UMNO, rapat dengan masyarakat dan membantu menyelesaikan masalah2 sosial setempat. seorang sahabat di KL pula mengatakan bahawa saya calon pilihan dia .. kalau ada undi, ok gak. apa pun, terima kasih atas sokongan, dorongan dan informasi.

ini belum masuk cerita umpat keji dan fitnah yang bermaharajalela! pelik ... nape la diorang ni suka sangat kacau aku? ada je ...