layari http://www.youtube.com/norwati1 untuk video

Monday, August 04, 2008

Aku seorang Puteri

Tinggal beberapa cawangan Puteri sahaja lagi yang akan bersidang dan menutup tirai Persidangan Puteri UMNO Cawangan bagi penggal ini. Hmm ... berpandukan Buku Tataetika Ahli UMNO, ramai yang kantoi ... tapi entahlah. Perlembagaan dan Peraturan ada tapi diadaptasi sesedap rasa, mana yang agak-agak dah menjadi budaya, didiamkan aje. Kalau ada yang celik pun, semua buat bersahaja ... si polan tu pulak dikata mereka-reka cerita. Macamana UMNO nak berdiri gagah?

Ada yang menegur, "setakat letak lirik lagu, sesape pun boleh buat". Sebenarnya, memang tujuan t untuk sesiapa sahaja yang melawat blog ini dan peringatan untuk diri t sendiri agar menghayati bait-bait lirik yang terkandung. Setiap satu disusun dengan indah dan penuh makna yang tersirat. Tetapi, sejauhmana AHLI UMNO menghayatinya? Apatah lagi mengamalkannya atau menjadikan ia sebagai panduan kepada usaha memperjuangkan bangsa?

Sebagai salah seorang ahli Puteri, tiap bait amat besar ertinya dan tiap kata menyentuh jiwa. Percayalah..., jika kita hayati pasti kita mengerti dan terbentuklah ahli UMNO sejati.

Keluarga t, tiada seorang pun ahli UMNO dan t sendiri hanya mengenali UMNO selepas menjadi ahli Puteri pada penghujung tahun 1999. Mungkin darah muda .... maka semangat berkobar-kobar dengan agenda perjuangan negara bangsa. Allahyarham Dato' Onn (al Fatihah) menjadi idola perjuangan ... Cita-cita t besar tetapi t tak pandai berpolitik, tak pandai berstrategi, tak pandai itu dan ini ... senyum pun x brape menjadi. T hanya ada visi yang besar pada Puteri.

Seandainya mimpi ini jadi realiti, T nak semua wanita muda umur 18 - 35 tahun ini menyertai life-long learning. Updatekan diri dengan soft skill atau value-added scheme. Walau pun suami bekerja tapi tak salah kita ada ilmu/kemahiran tambahan, ringan sikit beban dan sekiranya takir menimpa... tak lah sengsara sangat.

Puteri pun dilihat sebagai suka meminta-minta sumbangan, bagi mengatasinya t nak buka satu/dua perniagaan yang memang t tahu ramai pakar di kalangan ahli-ahli Puteri. Dobi, restoran, salon, butik, wedding planner, andaman, event management, CC ... macam-macam lar. Kita dapat income, kita dapat atasi masalah pengangguran dan paling penting martabatkan reputasi Puteri selain dari beribadah.

Kita sedar, ramai ahli-ahli Puteri yang menjadi ibu tunggal atau tidak berapa senang, kalau ada duit sendiri kan senang ... Apapun, perpaduan dan semangat berpasukan penting. T tak pandai cuma belajar dari buku dan pengalaman mendaki dari bawah yang menjadi panduan. Tekad dan semangat yang jitu yang buatkan t selalu menentang arus.

Yang pasti, Puteri mesti mengambil tanggugjawab ke atas masalah sosial yang semakin meruncing hari ini. Puteri mesti bersikap pro-aktif dalam segala segi. Bukan jawatan jadi ukuran tetapi sejauhmana t dapat realisasikan hasrat ini di saat-saat akhir dalam Puteri.

T tak mampu hidup di bawah payung wakil rakyat pembangkang ....