Salam
Sejak akhir-akhir ini, jiwa t memberontak...tertanya-tanya siapa sebenarnya kawan?
Bukan mengharap mereka balas budi tetapi cukup sekadar untuk tidak mengkhianati. Orang-orang yang t tolong sebelum ini, membuahkan kekesalan di hati. Ibarat melepaskan anjing tersepit. Sudah luput kah nilai kemanusiaan di hati tiap insan? Mengapa susu yang diberi dibalas dengan tuba?
Duhai kawan, aku yang membawa mu ke medan pertempuran. Ku curah segala ilmu hingga kau mampu berdiri tegap. Ku ajar dan kau copy pendrive ku untuk dapatkan segala maklumat tapi akhirnya aku kau khianat.
Duhai kawan, di saat kau keluar dari lokap, mengharap sokongan kewangan dan membersihkan nama, aku yang kau cari tapi mengapa kini, aku yang kau khianati? Adakah istilah kawan bagimu dinilai dengan wang ringgit? Kau lupa, bahawa kawan yang setia adalah kawan yang tidak pernah minta apa dan sentiasa ada disaat kau memerlukan. Di mana kawan-kawan kau di waktu kau memerlukan dahulu? Keikhlasan aku, kau tolak ke tepi demi kepentingan sendiri. Kau pijak dan jaja maruahku demi sesuatu yang belum tentu.
Duhai kawan, bukan aku yang mengundang suamimu tetapi suamimu yang mencariku untuk menyelesaikan masalah kamu berdua. Aku yang ikhlas dalam berkawan mahu kebahagiaan kalian berpanjangan telah membantu tetapi sebaliknya aku yang dituduh. Dan kini kau memusuhi aku dan terima kasih kawan atas kata nista, fitnah dan umpat kejimu.
Duhai kawan, aku gembira berkawan dengan kalian. Tiap yang diberi tak pernah ku harap balasan cuma kejujuran dalam persahabatan menjadi penawar racun kedurjanaan.
Ingatlah duhai kawan, bahawa kita hidup bukan menongkat dunia. Segala apa yang kita lakukan pasti ada balasan. Moga rahmat Tuhan dilimpahkan kepada kawan-kawan.